Saturday, 27 May 2017


COM  3107 |PENULISAN KREATIF (K3)


ULASAN KARYA:
CITRA PUTERI KENYALANG (ALMARJAN YUSOFF)



NAMA AHLI KUMPULAN:
1. FITRI SORAYA BT AZMI (UK33751)
2. AUNIE ASMIDA BINTI MOHD ARIF (S38550)
3. NUR HAFIZAH BINTI JAAFAR (S38637)


TARIKH:
28 MEI 2017


__________________________________________________________________
A. BIODATA PENGARANG SECARA RINGKAS

    Pengarang novel “Citra Puteri Kenyalang” merupakan seorang wanita yang dinamakan Almarjan Yusoff. Beliau berumur 36 tahun dan dilahirkan pada 3 Julai 1981. Semasa remaja, beliau bersekolah di SMU (A) Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu, Kelantan. Kemudian menyambung pengajiannya di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir (2000-2004) dan seterusnya menempah nama sebagai graduan daripada Institut Pendidikan Guru Kent, Tuaran, Sabah (2006). Almarjan Yusoff lebih menumpukan bidang pendidikan dalam perihal kerjayanya apabila dia memilih untuk berkhidmat sebagai guru di beberapa buah sekolah. Yang pertamanya, beliau adalah guru di SMU (A) Darul Saadah, Kelantan pada tahun 2005. Kemudiannya beliau berpindah mengajar di sekolah barunya iaitu SMK Pengiran Omar II, Sabah selama satu tahun iaitu pada 2007. Terkini, beliau merupakan guru tetap di SMK Lawas, Sarawak semenjak dari tahun 2008 hinggalah sekarang yang mana beliau mengangkat dan mengadaptasi situasi di SMK Lawas ke dalam novel ciptaannya.

    Almarjan Yusoff telah banyak mengeluarkan karya yang bernas seperti novel Citra Puteri Kenyalang pada tahun 2014 yang berjaya merangkul tempat ketiga dalam Peraduan Menulis Sastera Kreatif (2007). Seterusnya, beliau juga mencipta cerpen pendek yang bertajuk “2060 Tanpamu” yang akhirnya membawa tuah kepadanya apabila berjaya meraih hadiah saguhati bagi Pertandingan Menulis Cerpen Hari Guru JPN Sarawak pada tahun 2008.

B. PERIHAL TENTANG BUKU YANG DIULAS

    Novel bertajuk Citra Puteri Kenyalang yang dihasilkan oleh pengarang Almarjan Yusoff. Novel tersebut telah memenaangi hadiah ketiga dalam Peraduan Menulis Sastera Kreatif Tahun 2009. Dalam kandungan novel tersebut, terdapat 350 muka surat yang memuatkan sebanyak 33 bab penceritaan mengikut rentetan imbas kembali dan perkaitannya dengan masa kini berlatar belakang kehidupan masyarakat di bumi kenyalang (Sarawak). Buku ini diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Sarawak. Buku ini telah mengeluarkan dua cetakan iaitu cetakan pertama pada tahun 2014 dan juga cetakan yang kedua pada tahun 2014.

C. MEMPERKATAKAN TENTANG ISI BUKU INI.

    Novel ini menerangkan tiga unsur utama iaitu perpaduan, unsur keagamaan serta menghormati manusia tanpa mengira darjat. Perpaduan dalam novel ini dapat lihat melalui usaha-usaha Dahlia sebagai seorang guru yang mengajar subjek pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Usaha Dahlia untuk memupuk hubungan yang erat antara pelajar-pelajar di kelas beliau yang terdiri daripada pelbagai etnik bumiputera Sarawak. Pada awalnya jurang perpaduan dalam kalangan pelajar kelas tingkatan tiga Wawasan dilihat sangat begitu ketara. Hal ini mencetuskan keadaan seperti mana yang telah dinyatakan dalam novel tersebut pada kandungan bab 14 ketika Panai yan merupakan sebagai pelajar etnik Lun Bawang yang di anggap sebagai pelajar yang bermasalah sering kali terlibat dalam pergaduhan. Melalui siasatan cikgu Dahlia mendapati bahawa punca pergaduhan adalah bermula apabila pelajar-pelajar kaum cina telah mengejek pelajar-pelajar Lun Bawang. Di sini jelas menunjukkan penulis menggambarkan pergelutan antara kaum dalam kalangan generasi muda di tambahkan pula kehadiran watak cikgu Unjie dan Tok Buayeh yang berfikiran bahawa etnik mereka lebih baik daripada etnik lain.

Seterusnya unsur keagamaan adalah menjadi tulang belakang kepada novel ini. Watak nenek Sibeng sebagai antagonis utama yang mengamalkan sihir dan watak imam Sahar yang menentang nenek Sibeng dalam amalan ilmu hitam yang diamalkannya mempamerkan dua watak ekstrim yang berbeza. Watak lain seperti Merali dan Dahlia yang menjadi jalur spectrum keagamaan ini memberikan panduan dan didikan kepada anak-anak muda seperti Alef dan Alfian. Contohnya Merali menenangkan anak-anaknya selepas nenek Sibeng menyebarkan fitnah dan memburuk-burukan keluarga mereka. Secara am unsur keagamaan, ketaatan terhadap ibu bapa telah muncul dari permulaan novel ini yang mana diari yang ditinggalkan oleh Salmah kepada Dahlia yang menyatakan penyesalan akan tindakan mengingkari nasihat ibunya dan “mengikut kata hati dan telunjuk nafsu” sehingga sanggup meninggalkan keluarga di kampung dan mengikut kekasih hatinya.

Selain itu, menghormati antara satu sama lain. Watak yang jelas mewakili unsur ini adalah Tok Buayeh orang kaya dan ketua kampung Banting yang dipengaruhi oleh isterinya nenek Sibeng. Mereka memandang rendah golongan  miskin seperti keluarga Merali yang mengambil upah mengejakan sawah Tok Buayeh. Watak lain yang terlibat secara tidak langsung adalah watak Hoe Peng yang menerima kritikan sinis daripada Panai lantaran status dirinya sebagai anak tauke yang kaya. Dalam konteks yang profesional di permualaan novel cikgu Unjie memandang rendah terhadap kemampuan Dahlia yang menganggap Dahlia sebagai guru baharu yang masih mentah dan tidak berpengalaman. Namun sikap Dahlia yang tidak menentang layanan agresif cikgu Unjie terhadapnya di samping tindak balasnya yang berhemah Berjaya membuka pintu hati cikgu Unjie untuk berubah dan seterusnya jatuh cinta terhadap Dahlia. Manakala watak Panai berubah apabila gurunya Dahlia menunjukkan didikan yang adil dan kasih saying terhadap semua pelajar dalam kelasnya. Tok Buayeh berubah hati selepas cucunya Anjeli lari daripada rumah mengikut kekasihnya dan selepas kematian isterinya.

Novel Citra Puteri Kenyalang oleh Almarjan Yusoff merupakan salah satu genre novel feminis yang mengisahkan tentang ketabahan dan perjuangan seseorang wanita yang berkerjaya sebagai seorang guru yang cuba menegakkkan perpaduan antara para pelajarnya di sekolah. Selain itu, ketabahan watak utama dalam usaha untuk menyelesaikan masalah yang dialami oleh bondanya untuk menebus kesilapan yang terdahulu. Melalui hasil pembacaan novel ini menunjukkan sebuah novel remaja yang sangat berkualiti dan baik sehingga pengarang cuba untuk menerapkan isu-isu terpuji serta nilai-nilai murni yang baik dan juga pengajaran yang boleh dijadikan iktibar untuk pembaca dalam mengharungi liku-liku kehidupan dan cara untuk mencipta sebuah kehidupan yang bahagia dan bermakna. Hal ini juga bersesuaian dengan bahan bacaan untuk remaja yang boleh dijadikan contoh dalam Pendidikan dan membina perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Kesimpulannya, berdasarkan kepada ulasan dan pembacaan daripada novel Citra Puteri Kenyalang yang dikarya oleh Almarjan Yusoff dapat disimpulkan bahawa pengarang sememangnya amat mementingkan sifat perpaduan dalam kalangan kaum yang mencerminkan keharmonian dan kebahagiaan sejagat dalam masyarakat bumi kenyalang. Pada dasarnya, pengarang juga banyak menekankan unsur pelbagai nilai seperti nilai keagamaan, nilai kasih sayang dan lain-lain. Novel ini merupakan karangan yang tersirat oleh pengarang dalam usahanya untuk mengetengahkan isu-isu perpaduan yang mana beliau memperlihatkan nilai-nilai yang positif melalui watak dahlia yang cuba untuk memupuk dan mencungkil sikap perpaduan dalam kalangan masyarakat kampung lawas. Dalam masa yang sama Almarjan Yusoff turut meletakkan beberapa watak lain yang menunjukkan nilai yang negetif seperti watak nenek sibeng, Cikgu Unjie, Tok Buayeh untuk menimbulkan lagi konflik dalam novel ini. Maka dapat dinyatakan juga kedua-dua nilai sama ada yang negetif mahu pun positif secara tersiratnya boleh ditafsirkan sebagai yang boleh memenuhi unsur perpaduan dalam kalangan etnik di bumi kenyalang.



*gambar novel*