ASSALAMUALAIKUM WBT
DAN
SELAMAT SEJAHTERA
kepada yang berkunjung blog kecil saya ini.
Hai dan semoga sihat semua hendaknya, amin. Nama saya Fitri Soraya dan Alhamdullillah masih dikurniakan peluang oleh Sang Pencipta untuk terus bernafas di muka bumi selama lebih 22 tahun dan semoga berterusan hingga ajal maut memisahkan antara yang hidup dan mati.
Saya adalah pelajar UMT (Universiti Malaysia Terengganu), berada di tahun akhir pengajian pada peringkat ijazah dalam bidang Sains Gunaan Fizik Elektronik dan Instrumentasi. Di sini saya akan memuatkan tugasan puisi/sajak yang sebagaimana dikehendaki oleh kursus Penulisan Kreatif semester 2 sesi 16/17 yang diterajui oleh Puan.Mariati bt Salleh sebagai tenaga pengajar.
Sebarang kekurangan dalam coretan saya harap dapat dimaafkan berikutan ini adalah kesekian kalinya saya berkecimpung dalam dunia penulisan kreatif semula. Sejak mengundurkan diri dalam sebarang penglibatan pertandingan deklamasi sajak, syair dan bercerita pada zaman sekolah rendah dahulu, ternyata sentuhan magis saya dalam mengarang sajak sudah pudar dan tidak banyak sajak puitis yang dapat saya hasilkan.
Oleh itu, selamat membaca dan jika ada sebarang tambahan, bolehlah letakkan komen anda di bawah untuk perhatian saya pada masa akan datang.
Terima kasih :)

No comments:
Post a Comment