Aku Mahu Kaya
Impian aku musnah
Niat untuk meringan beban keluarga
Sebagai anak sulung
Hancur lebur dikekang ekonomi
Yang membuatkan aku berhenti
Berhenti untuk berharap
Menanti indah suria di akhir hujan
Permainan dunia semakin kejam
Tanpa wang kau tercampak ke dalam
Dalam lembah kemiskinan
Mati menunggu tibanya harapan
Dalam
sekelip mata ekonomi sudah parah
Di tempat
mana tumpahnya darah
Bukan
angkara penjajah
Bukan juga
angkara musibah
Jadi
siapakah yang perlu dipersalah?



