Wednesday, 12 April 2017

#4 | TEMA : ADAT BUDAYA MASYARAKAT


MANA HILANG BUDAYA KITA

Terlihat seorang anak dara
Wajah berseri sekali persis bidadari
Namun apabila dia memulakan bicara
Terpancarlah bahasa tidak seindah rupa
Lantangnya suara menggoncang dunia
Manakah menghilang malumu
Manakah menghilang santun silamu

Si teruna perkasa pula berjalan mendabik dada 
Dibaluti kemeja ketat yang menyarungi tubuh kekarnya
Namun di balik tabir zahir itu
Nalurinya menyimpang jauh ke lautan songsang
Baginya lelaki itu sama sahaja seperti wanita
Lantas cinta lelaki yang dicuba cari
Kejelikan apakah yang kau cuba tonjolkan ini
Tidakkah kau tahu ia melanggar fitrah asal kejadian manusia

Apabila budaya dicemar
Apabila nilai kebaratan disanjung tinggi
Maka menghilanglah pedoman diri
Meruntuh akhlak merubah peribadi.




No comments:

Post a Comment