BERBEZA DUANYA
Sains dan agama
Dua perspektif yang jauh
perbandingannya
Dunia kata sains yang
menggerakkan ketamadunan
Evolusi adalah asalnya manusia
dijadikan
Alam semesta cuba dibuktikan terwujud
dengan sendirinya
Namun bagi yang menganut agama
tauhid
Kita tahu dunia ini mempunyai
Sang Pencipta
Dia lah yang Maha Berkuasa ke
atas segalanya
Segala perkara yang dijadikan
mempunyai fungsi tertentu
Adakah kau mahu mendustakan
nikmat yang satu
Begitupun sains adalah jalan
ikhtiar
Menghimpun idea mencipta
kemajuan
Jika tidak digunakan sebaiknya
Mahupun tidak dikawal
penggunaannya
Tidak mustahil satu hari nanti
Dunia tidak akan dipacu
berlandaskan agama
Hancurnya ketamadunan porak
peranda lah dunia.

No comments:
Post a Comment