Wednesday, 12 April 2017

#10 | TEMA : EKONOMI


Aku Mahu Kaya

Impian aku musnah
Niat untuk meringan beban keluarga
Sebagai anak sulung
Hancur lebur dikekang ekonomi
Yang membuatkan aku berhenti
Berhenti untuk berharap
Menanti indah suria di akhir hujan
Permainan dunia semakin kejam
Tanpa wang kau tercampak ke dalam
Dalam lembah kemiskinan
Mati menunggu tibanya harapan

Dalam sekelip mata ekonomi sudah parah
Di tempat mana tumpahnya darah
Bukan angkara penjajah
Bukan juga angkara musibah

Jadi siapakah yang perlu dipersalah?



No comments:

Post a Comment