Tuesday, 11 April 2017

#3 | TEMA : PATRIOTISME


HARAPAN BARU

Majulah negara
Majulah semua
Sebuah ungkapan yang cukup bersemangat
Fokus ke arah pembangunan masyarakat
Yang akhirnya mula lari daripada matlamat

Ku lihat kini
Negara yang gah sudah tiada lagi
Dicemari dengan pengaruh kebaratan
Tradisi beransur pudar kehilangan
Wahai rakyat jelata
Cuba kau teliti akan peredaran semasa
Masihkah kita di atas seperti tahun-tahun yang lalu
Cerahkan visi dan luaskan pandanganmu

Tempatkan kita di puncak dunia nombor satu.



No comments:

Post a Comment