Wednesday, 12 April 2017

#7 | TEMA : MASA DEPAN ALAM


REALITI YANG MENAKUTKAN

Wujudkah lagi harapan itu
Untuk generasi masa hadapan
Bagaimanalah ikhtiar yang akan mereka usahakan
Untuk mengharungi kehidupan yang berliku
Berbekalkan sumber yang semakin terhad

Peredaran dunia dari semasa ke semasa
Ku lihat Bumi kini semakin tenat
Sentiasa berkhidmat tanpa rehat
Daratan terbakar lautan hitam tercemar

Berita-berita yang dihidangkan cuma rekaan semata
Memberi harapan kepada yang bergelar manusia
Namun realitinya satu dunia perlu sedar
Masa depan alam bergantung sepenuhnya pada kita
Jika alam tidak dijaga sebaiknya
Hancurlah segala bumi berusia.



No comments:

Post a Comment